beza jenis tayar

Ruangan membincangkan tentang aksesori kereta dan interior dalaman kereta.

beza jenis tayar

Postby CLAZIO » Thu 30 Oct 2008 09:26 pm

Assalamualaikum....

gua nak tanya la pasal saiz tayar...

saiz 195/65/R13  dengan 195/50/R15

ada beza ke dari segi ukur lilit tayar tu?

  ...::HIDUP JANGAN MENYUSAHKAN ORANG::...
User avatar
CLAZIO
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 11
Joined: Thu 16 Oct 2008 12:21 pm
Location: Batu Kikir, Jempol

Postby belalangtempur » Fri 31 Oct 2008 12:11 am

tak silap aku beza ukur lilit tayar tuh, tapi tak sure la. lebih baik otai jek yg jawab
User avatar
belalangtempur
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 163
Joined: Fri 01 Aug 2008 11:37 am
Location: Kajang all the way to PJ

Postby apar » Fri 31 Oct 2008 07:40 am

macam sama besar jer... cuma beza rim satu tue kecik tayar besarrr & satu lagi rim besar tayar kecik skit..... agaknyer laa ekekekekke aper kater otaii
('',) 014-8484-281 {azfar_shah642@yahoo.com} 010-5099-083 ('',)
User avatar
apar
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 3459
Joined: Mon 26 Feb 2007 03:30 pm
Location: PaHUnk + GamBunK + kUanTan

Postby Wi_Ra » Fri 31 Oct 2008 08:05 am

apa yg aku faham

195/ - kelebaran
50/ - ketinggian/ketebalan tayar
15/ - size tayar

cuba buat perkiraan :-

Size Rim 15 + size tayar 50 = 65

Size Rim 13 + size tayar 65 = 78

* kesimpulannya ukur lilit - saiz 195/65/R13  = 78'
                                         - 195/50/R15         = 65'



harap dapat membantu
User avatar
Wi_Ra
AJK ProCC
 
Posts: 2870
Joined: Wed 12 Oct 2005 03:16 pm
Location: Rawang-KL

Postby WiraD`Jalanan » Fri 31 Oct 2008 08:12 am

lebar sama jer, cuma ketebalan tayar x sama. cuba baca ni.

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi hadlaju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.
User avatar
WiraD`Jalanan
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 1211
Joined: Fri 29 Dec 2006 07:26 pm
Location: [ No Ahli : 1387 ] Putrajaya - Kajang - Bangi - Ipoh - Alor Star - Kota Bharu

Postby 5zul » Fri 31 Oct 2008 08:12 am

Wi_Ra wrote:apa yg aku faham

195/ - kelebaran
50/ - ketinggian/ketebalan tayar
15/ - size tayar

cuba buat perkiraan :-

Size Rim 15 + size tayar 50 = 65

Size Rim 13 + size tayar 65 = 78

* kesimpulannya ukur lilit - saiz 195/65/R13  = 78'
                                         - 195/50/R15         = 65'



harap dapat membantu

yup memang betul..!!!
~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~



memory Of Awan
---avatar kecilkan aja!
User avatar
5zul
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 3953
Joined: Mon 28 Mar 2005 12:11 pm
Location: ~~5zul 141070307~~ ~~memory Of Awan ~~

Postby CLAZIO » Fri 31 Oct 2008 09:39 am

maknanya pakai 195/65/R13 ngan 195/50/R15 lebih kurang je laaa....

thanks a lot bro....
  ...::HIDUP JANGAN MENYUSAHKAN ORANG::...
User avatar
CLAZIO
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 11
Joined: Thu 16 Oct 2008 12:21 pm
Location: Batu Kikir, Jempol

Postby WiraD`Jalanan » Fri 31 Oct 2008 02:00 pm

kat bawah ni aku try kira mengikut pemahaman aku la
# apa kata otai?? betul x cara aku kira ni

ukur lilit atau perimeter boleh dihitung dengan formula berikut :
@ di mana j ialah jejari, d ialah diameter dan π ialah pi (π ≈ 3.142...).

195/65/R13
195 mm * 0.65 = 126.75 mm (tebal tayar)
126.75 mm * 2 = 253.5 mm (tebal tayar utk 2 bhg)
253.5 mm + 330.2 mm (saiz rim 13 inci) = 583.7 mm (diameter)

ukur lilit = pi * diameter
3.142 * 583.7 mm = 1833.99 mm (ukur lilit)

195/50/R15
195 mm * 0.50 = 97.5 mm (tebal tayar)
97.5 mm * 2 = 195 mm (tebal tayar utk 2 bhg)
195 mm + 381 mm (saiz rim 15 inci) = 576 mm (diameter)

ukur lilit = pi * diameter
3.142 * 576 mm = 1809.79 mm (ukur lilit)

# beza 3 cm jer
User avatar
WiraD`Jalanan
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 1211
Joined: Fri 29 Dec 2006 07:26 pm
Location: [ No Ahli : 1387 ] Putrajaya - Kajang - Bangi - Ipoh - Alor Star - Kota Bharu

Postby cipuding » Fri 31 Oct 2008 02:10 pm

x[size=2] hingat lak ukur lilit tayar aku skrg niee.....tggu ms nk gnti br gak tu..huhu...
makin dekat...makin mahu...adrenalin laju !!!!




User avatar
cipuding
AJK ProCC
 
Posts: 7467
Joined: Mon 28 Mar 2005 12:11 pm
Location: Pandan-Putrajaya-Seremban (No.Ahli:593)

Postby fadly98 » Fri 31 Oct 2008 03:04 pm

nice info!!!


ps: tergelak den tgk avatar ko 5zul
User avatar
fadly98
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 2623
Joined: Thu 09 Nov 2006 08:21 am
Location: Kuantan, Pahang

Postby CLAZIO » Fri 31 Oct 2008 04:28 pm

thanks WiraD'jalanan...

baru betul lu punya jawapan...

siap jalan kira lagi..

lu mesti budak mekanikal Universiti kan?

sorry la gua tak kenal lagi ngan lu....
User avatar
CLAZIO
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 11
Joined: Thu 16 Oct 2008 12:21 pm
Location: Batu Kikir, Jempol


Return to Interior Dalaman & Aksesori

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron