Penggunaan Minyak Persona

Ruangan Persona@ProCC dan perbincangan semua pengguna Proton Persona sahaja.

Penggunaan Minyak Persona

Postby feleaz » Sun 02 May 2010 06:04 pm

Hi ! salam berkenalan. saya adalah baru kat forum ini. Saya baru dapat kereta Persona baseline manual saya 10 hari yang lepas. Odo meter rosak lepas 2 hari , dah hantar kat service center 2 kali tapi masalah tak selesai. Tapi yang saya nak minta tanya kat sini ialah gini.

Masa terima kereta , salesman memang isi penuh ( odo meter tunjuk atas sekali ) tetapi lepas itu odo meter rosak. Selepas jalan 200km, kereta aku terloncant-loncant macam nak mati enjin aje. So aku pergi isi minyak lepas itu masalah ini hilang pula.

Aduh, adakah penggunaan minyaknya begitu tinggi, tangki penuh (50 liter) hanya untuk 200km saja ? Ada yang bagitahu jika minyak ada baki untuk 50km , kereta pun sudah terloncant-loncat. Betul ke ? Lagi satu, kereta baru memang minyak makan lebih sikit tapi adakah sampai begitu banyak sekali ?

Pening kepala. Esok nak hantar lagi tempat lain untuk repair odo  meter.
feleaz
Ahli Tak Rasmi
 
Posts: 1
Joined: Sun 02 May 2010 05:56 pm



Re: Penggunaan Minyak Persona

Postby memo » Sun 02 May 2010 10:43 pm

sabar jelah bro..
berat jgk dapek kete baru yg ader problem..

time ade waranty gie jel antor kat psc..
memo
Ahli Tak Rasmi
 
Posts: 25
Joined: Wed 22 Jul 2009 10:50 am

Re: Penggunaan Minyak Persona

Postby nzmmcgyver » Fri 07 May 2010 08:48 am

Kalau tak silap ada diceritakan pasal keta sengut-sengut ni kat thread bengkel. Besar kemungkinan adalah masaalah pengedaran udara dalam tangki minyak.

Kita perlu faham bahawa minyak mengeluarkan wap dan ianya akan menjadi tekanan didalam tangki. Kebiasaannya setiap kenderaaan ...kereta atau motor mesti ada breathing hose atau breathing hole di bahagian paling atas tangki. Kalau motor biasanya dekat penutup tank. Kalau kereta biasanya dekat overflow hose tank.

Tu sebab setiap kereta tempat mengisi minyaknya tak selari dengan exhaust. Maksud saya jika penutup tank sebelah kiri ...exhaust mesti sebelah kanan. Ini bertujuan jika kereta termalik sebelah kiri dan minyak tumpah, maka kebarangkalian kebakaran agak lambat disebabkan exhaust sebelah kanan tidak mengena pada tumpahan minyak.

Berbalik kepada sengut-sengut tu hilang apabila mengisi semula minyak, ianya adalah kerana apabila kita membuka penutup minyak maka tekanan didalam akan terlepas/escape dan ini akan memudahkan fue pump menyedut minyak. Ianya ibarat seperti kita minum air dari botol plastik dengan straw dan kita  tutup mulut botol tersebut dengan tangan. Dengan sendirinya botol plastik itu akan menguncup dan akan tiba suatu masa sendutan kita akan terganggu atau menjadi susah.

Masaalah tangki minyak Persona (breathing problem) ni bukan baru dan ianya sedang diatasi oleh mereka. Buat kita pengguna, boleh lah tukar kepada penutup minyak jenis auto refill....bermaksud jenis yang bila kita cover tanki minyak kita terus masukkan nozel kedalam lubang tangki minyak. Ianya macam penutup minyak Formula 1. Harga penutup ni kalau masa awal tahun 2000 dulu dalam RM60.00.
nzmmcgyver
Ahli Tak Rasmi
 
Posts: 3
Joined: Fri 16 Apr 2010 11:52 am

Re: Penggunaan Minyak Persona

Postby s4ph_xtuner » Sun 09 May 2010 12:59 pm

memang panjang lebar cite bro
<a><></a>
User avatar
s4ph_xtuner
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 206
Joined: Sun 07 Jun 2009 08:30 pm
Location: teganu

Re: Penggunaan Minyak Persona

Postby FZN2277 » Thu 13 May 2010 10:02 pm

betul2 panjang cerita nie...tp bagus ade info...
FZN2277
Ahli Tak Rasmi
 
Posts: 22
Joined: Wed 29 Apr 2009 01:17 pm

Re: Penggunaan Minyak Persona

Postby are_die » Fri 14 May 2010 04:32 am

tu laa psl...
penat gak nak baca nih....
nsb beak berguna ilmu nih.... tq2...
           are_die 017-7104741
"ALL FOR ONE, ONE FOR ALL"
User avatar
are_die
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 597
Joined: Tue 24 Mar 2009 08:54 am
Location: batu pahat, kluang n jb


Return to Persona

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron