TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA

Ruangan perbincangan tentang apa jua berkenaan baik pulih dan ubah-suai kenderaan

TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA

Postby lan_WLB » Wed 26 Aug 2009 08:07 pm

TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA

1.     bagu tujuan pemasangan disk belakang wira,
2.     Buka drum sehinggan tapak drum ditanggalkan sepenuhnua.

3.     saya menggunakan bearing asal kerana masih dakam keadaan baik. Sekiranya ingin menanggalkan bearing tayar gunakan soket 32. sekiranaya berlaku kerosakkan bearing boleh digerakkan semasa hendak membuka. Semasa memandu anda akan terasa bunyi berdegung yang kuat. Untuk mengenal pasti kerosakkan bearing cuba pandu kereta dalam jalan yang lurus. Pakai tali pinggang, tarik sehingga tali pinggang seakan melekat,  lekapkan tali pingang ke telinga. Anda dapat mendengar bunyi bearing tersebung berdegung dengan jelas. Maka sahlah  bearing kereta anda perlu ditukar sebelum pecah di tengah jalan.
4.     Mulakan dengan memasang tapak disk setelah selesai pasang disk, disk ini tidak mempunyai sebarang skru.tp tak perlu bimbang kerana ia akan ketat setelah anda memasang tayar nanti.
5.     bagi tujuan pamasangan kabel, masukkak dari bawah dahulu ini kerana terdapat banyak klip sekiranya anda mamasukkan dari atas ia akan menyukarkan anda. Terdapat 3 skru 10 di bawah  badan kereta anda pastikan ia dipasang dengan betul. Sambungan antara kabel dekat brake tangan memang senget anda tidak perlu bimbang kerana ia normal.
6.     masukkan klip untuk mengetatkan  kabel brake tersebut.
7.     pasang spring brake tangan lihat gambar.
8.     untuk menukar brake pad sahaja buka skru 12 pada bahagian bawah(lihat gambar)
9.     Bagi memudahkan kerja tanggalkan klip hand brake
10.     buka spring yang menarik hand brake
11.     lepaskan brake tangan,buka klip antara tapak disk  dengan menarik kabel ke hadapan.
12.     Angkat pemegang brake pad seperti dalam gambar dan brake pad boleh ditanggalkan
13.     Bagi tujuan tujuan pemasangan brake pad baru pusingkan piston brake  mengikut arah jam. Anda dapat melihat piston akan bergerak ke dalam.  Ini terjadi kerana terdapat satu pemegang yang menolak piston semasa anda menarik hand brake.
14.     setelah piston rapat masukkan brake pad baru.pastikan klip besi yang nipis berada di sebelah luar.terdapat perbezaan antara brake pad luar dan dalam.untuk sebelah dalam pastikan terdapat satu  titik besi yang timbul.pastikan titik ini  masuk ke dalam lurah  piston.sekiranya titik besi ini salah brake anda  tidak akan mencengkan pada keseluruhan disk brake.

15.     pasang semula skru 12 dan spring kabel brake tangan.
16.     melaras cengkaman brake tangan, anda perlu melaras pada bahagian dalam buka skru 10 sehingga tinggal sedikit sahaja. Lepaskan brake tangan tersebut  pandu kereta anda sambul menekan-nekan brake. Setelah itu kunci semula skru 10 tadi. Untuk keputusan yg baik pastikan brake  tangan berbunyi 3 kali sahaja.
17.     selesai. Selamat mencuba. Kalau ada tambahan yg lain marilah bersa-sama kita kongsi.
9W2LNN-Perlis
019/55/88/11/2- lan_wlb@yahoo.com
User avatar
lan_WLB
AJK ProCC
 
Posts: 1311
Joined: Mon 28 Mar 2005 12:11 pm
Location: Perlis



Re: TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA

Postby amax nitro » Sat 02 Jan 2010 03:32 pm

break dis ape paling sesuai bro?
amax nitro
Ahli Tak Rasmi
 
Posts: 43
Joined: Fri 01 Jan 2010 03:58 pm

Re: TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA

Postby lan_WLB » Sun 03 Jan 2010 10:56 am

ikut baget la bro
biasa aku pakai bendit jaa
rega untuk depan 250 twin pot
9W2LNN-Perlis
019/55/88/11/2- lan_wlb@yahoo.com
User avatar
lan_WLB
AJK ProCC
 
Posts: 1311
Joined: Mon 28 Mar 2005 12:11 pm
Location: Perlis

Re: TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA

Postby ENKEI » Wed 06 Jan 2010 01:30 pm

Salam
Yg no.16 tu skru saiz 10 yg bawah armrest tu ker?
012-6204163 (Rizal)
User avatar
ENKEI
Ahli Berbayar ProCC
 
Posts: 167
Joined: Fri 20 Mar 2009 02:46 pm
Location: Malaysia

Re: TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA

Postby amax nitro » Sat 09 Jan 2010 05:21 pm

harge tuk blakang?terigin gak nak pakai....
amax nitro
Ahli Tak Rasmi
 
Posts: 43
Joined: Fri 01 Jan 2010 03:58 pm


Return to Do It Yourself

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron