PROTON CLUB MALAYSIA

You are here: Home The Song

About yearly membership fees?

E-mail Print PDF

Untuk pengetahuan semua, Proton Club Malaysia adalah tertakluk kepada perlembagaan yang telah dipersetujui pada mesyuarat agung 2011 dimana semua ahli yang berdaftar didalam kelab ini perlulah membayar yuran tahunan sebanyak RM10.00 pada bulan Disember setiap tahun dan paling lambat adalah 3 bulan selepas tarikh berkenaan.

Kepada ahli yang membaca memo ini bolehlah membuat bayaran kepada wakil-wakil/ketua negeri masing-masing dan pastikan anda akan mendapat resit rasmi atas pembayaran anda itu.

Bayaran juga boleh dibuat dengan bank in secara terus ke akaun rasmi Proton Club Malaysia (Maybank: 562852004066) kemudian emailkan slip bukti pembayaran anda kepada: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan cc kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Wang yuran tahunan ini akan disalurkan seperti dibawah:

RM4.00 : Tabung Utama Kelab (untuk acara besar yang melibatkan semua negeri/ kebangsaan)
RM4.00 : Tabung Setiap Negeri mengikut jumlah ahli di negeri tersebut (untuk aktiviti ProCC Negeri)
RM1.00 : Tabung Aktiviti Team dalam ProCC
RM1.00 : Tabung Kebajikan untuk kemalangan dan kematian ahli

Jika anda merupakan ahli rasmi Proton Club Malaysia, pembayaran yuran tahunan ini adalah wajib dilakukan, jika tidak segala keistimewaan ahli akan ditarik balik. Jika ahli tidak dapat menjelaskan sebelum bulan Jun setiap tahun, ahli akan didenda mengikut apa yang telah ditetapkan oleh kelab.

harap yuran ini tidak membebankan para ahli dan sebagai menjana aktiviti ProCC untuk tahun ini.

Last Updated ( Tuesday, 23 October 2012 11:38 )