|

Pada 18hb Oktober 2006, PROCC MOTORSPORT telah didaftarkan dibawah Pendaftaran Perniagaan Malaysia (ROB).
PROCC MOTORSPORT didaftarkan adalah bagi tujuan untuk: - Mengendalikan secara rasmi segala urusan pendaftaran keahlian ProtonClub.Com (ProCC).
- Merancang dan merealisasikan segala aktiviti ProCC
- Mengeluarkan dan menjual produk dan aksesori ProCC
- Merancang untuk memberi kelebihan seperti voucher kepada ahli ProCC
- Mengemaskini serta menjaga aliran keluar masuk wang tabung ProCC
- Menjadi syarikat yang membolehkan ProCC menjalinkan usahasama dengan syarikat lain
- Memudahkan serta melancarkan perjalanan konvoi dan permohonan permit
- Menguruskan segala pengubah-suaian laman web www.protonclub.com
- Memudahkan ProCC mendapat tajaan untuk segala aktiviti ProCC akan datang
- Menjadikan ProCC lebih terkenal dan berdaya saing.
PROCC MOTORSPORT telah menjadi nama yang tidak asing lagi dalam sukan permotoran Malaysia. Ia akan merialisasikan apa jua impian ahli ProCC dari masa ke semasa. Agar ahli ProCC yang berdaftar seumur hidup akan merasa kelebihan yang tidak ternilai dan merasa bangga menjadi ahli ProCC. Semoga dengan usaha ini ProCC akan terus maju dan menjadi sebuah komuniti yang disegani diseluruh Malaysia dan diseluruh dunia.
|