|
Visi Membentuk sebuah pertubuhan besar yang kukuh dan disegani dengan mempunyai berbagai syarikat didalamnya yang dapat menjana pendapatan kepada ahli, pertubuhan, syarikat disamping mengeluarkan dana yang besar untuk menjalankan segala aktiviti ProCC dengan jayanya. Misi - Mengumpul seberapa ramai ahli dengan bayaran yuran seumur hidup dan dapat menjalinkan ikatan persaudaraan seMalaysia dan sedunia.
- Menjalankan berbagai aktiviti seperti konvoi, riadah, sukan permotoran dan apa jua aktiviti yang menarik dan berfaedah yang boleh menjadikan ProCC disegani dan terkenal yang akan menarik lebih ramai lagi ahli.
- Menjadikan laman web www.protonclub.com sebuah laman web yang sangat berguna, berinformasi, dan sangat diminati oleh semua golongan usia.
- Menetapkan aktiviti rasmi setiap tahun bagi tujuan memudahkan ahli membuat persiapan dengan lebih sempurna dan teratur
- Menubuhkan Syarikat PROCC MOTORSPORT bagi mengendalikan segala urusan keahlian dan aktiviti permotoran ProCC.
- Mencipta berbagai produk keluaran PROCC MOTORSPORT bagi tujuan ahli dapat mengumpul apa jua cenderahati ProCC dan menambah pendapatan tabung ProCC bagi menjana apa jua aktiviti.
- Mendaftar Hak Cipta Terpelihara ® keatas Logo ProCC
- Menubuhkan Koperasi ProCC Berhad bagi tujuan memberi peluang ahli melabur dan mendapat keuntungan
- Menubuhkan Syarikat-syarikat seperti syarikat trading, Bengkel kereta, aksesori, cenderahati, majalah, restoran ProCC, pusat riadah ProCC dan berbagai lagi yang memberi keuntungan kepada ahli, koperasi dan syarikat bukan saja dari segi wang ringgit malah dari segi kelebihan menjadi ahli.
|