|
Objektif penubuhan ProCC adalah: - Mengeratkan ikatan silaturahim dan semangat kekeluargaan sesama ahli.
- Mengisi masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti permotoran, riadah dan kemasyarakatan.
- Memberi kemudahan kepada ahli seluruh Malaysia berhubung melalui laman web www.protonclub.com
- Menjadi sebuah komuniti yang boleh menjana pendapatan kepada ahli melalui jual beli didalam portal ini.
- Menjadi sebuah komuniti yang berhak bersuara dan menuntut hak pengguna
- Membantu pihak Proton dalam memberi info atau keterangan kepada pengguna tentang mutu dan kualiti kenderaan Proton.
- Mengajar ahli menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi, disegani dan memimpin komuniti dengan adil dan saksama.
- Membentuk sebuah komuniti yang kuat dan disegani oleh kelab permotoran lain.
- Mencipta dan mengukir nama agar dikenali diseluruh dunia dalam apa jua bidang.
- Menubuhkan koperasi yang dapat memberikan peluang ProCC untuk menubuhkan berbagai syarikat bagi memberi peluang perniagaan kepada ahli, peluang pekerjaan, mengeluarkan dana untuk aktiviti ProCC dan memberi faedah dividen kepada ahli setiap tahun.
- Mengalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia
|