|
Syarat-syarat dan peraturan setelah menjadi ahli berbayar: - Ahli tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti atau perjumpaan yang menggunakan nama ProtonClub.Com tanpa kebenaran PROCC MOTORSPORT. Ini kerana, jika tiada alasan yang munasabah aktiviti tersebut diadakan berkemungkinan ianya membawa kesan negatif terhadap masyarakat, dan nama ProtonClub.Com akan menjadi buruk. PROCC MOTORSPORT tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kes polis akibat aktiviti tersebut.
- Cenderahati, Aksesori, Produk barangan, aktiviti, dan segala aspek yang berkaitan ProtonClub.Com adalah tanggungjawab PROCC MOTORSPORT. Ahli tidak dibenarkan menggunakan nama ProtonClub.Com untuk tujuan perniagaan tanpa usahasama atau persetujuan PROCC MOTORSPORT. Ianya bertujuan untuk memastikan tiada yang mengaut keuntungan dari nama ProtonClub.Com. PROCC MOTORSPORT akan mengeluarkan saman kepada syarikat ataupun ahli yang menggunakan nama ProtonClub.Com untuk tujuan perniagaan tanpa persetujuan atau usahasama.
- PROCC MOTORSPORT tidak akan bertanggungjawab jika terdapat ahli yang terlibat dalam kegiatan luar seperti lumba haram, pengubahsuaian kereta yang tidak dibenarkan oleh JPJ dan sebarang perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada nama ProtonClub.Com.
- Ahli ProCC tidak boleh mempertikaikan sebarang pengubahsuaian dan segala urusniaga PROCC MOTORSPORT di dalam laman web ProtonClub.Com, seperti pengiklanan aksesori, syarikat kereta, jualan proton baru, produk atau barangan cenderahati ProCC keluaran PROCC MOTORSPORT. Ini kerana laman web ProtonClub.Com adalah hak milik sepenuhnya PROCC MOTORSPORT.
- Setiap perjumpaan atau aktiviti yang diadakan oleh ProtonClub.Com, ahli dikehendaki memakai kad keahlian ProCC bagi tujuan ahli senang untuk mengenali sesama ahli.
- Ahli dikehendaki hadir pada setiap perjumpaan atau aktiviti yang dijalankan kecuali ada perkara yang tidak dapat dielakkan.
- Semua AJK Tertinggi dan Pengurus ProCC Negeri dilantik atas budi bicara PROCC MOTORSPORT(sebagai Pemilik komuniti) bagi menentukan hala tuju kelab kerana kelab ini adalah dibawah syarikat PROCC MOTORSPORT dan jawatan tersebut boleh ditarik balik jika kuasa disalah-gunakan. AJK Tertinggi yang terpilih adalah dikalangan ahli yang hanya menyertai ProCC sahaja dan bukan dikalangan ahli yang menyertai banyak kelab kereta.
- PROCC MOTORSPORT tidak akan bertanggungjawab diatas apa jua urusan jual beli sesama ahli. Jika terdapat sebarang penipuan berlaku, ahli hendaklah menyelesaikannya sendiri.
- Jika anda ingin keluar dari ProCC, keahlian anda dan segala keistimewaan akan ditarik balik. Wang anda juga tidak akan dikembalikan.
|