THE UNITED OF PROTON CLUB MALAYSIA

  • Create an account
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.
You are here: Home ProCC Malaysia ProCC Johor TT Wake Me Up

TT Wake Me Up

E-mail Print PDF

Melaka, 12 Mei 2007 – Satu perjumpaan atau dalam bahasa santainya Tea Time (TT) telah diadakan pada hari Sabtu, 12 Mei 2007, jam 9.00 malam bertempat di hadapan MITC, Air Keroh. TT kali ini telah diberi kod nama “Wake Me Up” oleh penganjur sukarelanya iaitu saudara wira_maroon5 adalah di antara TT yang menarik di mana ianya telah berjaya mengumpulkan hampir sejumlah 20 biji kereta dengan 28 ahli termasuk ahli baru yang berminat menyertai Procc.

‘Meeting point’ pada hari tersebut telah ditetapkan di MITC, Air Keroh. Seawal jam 8.45 malam, ada di antara ahli telahpun tiba. Keadaan di sekitar penuh sesak dengan kenderaan di mana pada hari tersebut ada satu ‘expo’ telah diadakan di Dewan MITC. Kesesakan juga ditambah dengan kehadiran rakan-rakan Procc Melaka & juga kehadiran rakan-rakan Wira Aeroback Performance Club – WAPC Melaka yang turut memilih MITC sebagai ‘meeting point’ mereka menjadikan suasana bertambah meriah & menarik.

‘Short briefing’ dimulakan jam 10.00 malam setelah saudara B.O.B sampai bersama-sama dengan baju rasmi Procc. Kandungan ‘briefing’ adalah berkisar kepada penerangan tentang pendaftaran ahli baru, tempahan baju rasmi dan juga perkara-perkara berbangkit. Juga sesi pendek ‘brainstorming’ sesama ahli yang ternyata menggamatkan suasana pada malam tersebut.

Jam 10.30 malam, konvoi bergerak meninggalkan MITC menuju ke kawasan Rehat & Rawat (R & R) Kg. Gangsa. Kawasan ini dipilih kerana mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi untuk sesi TT kali ini. Setibanya di sana, satu sesi fotografi telah diadakan. Sesi ini diadakan untuk muat-turun berita ke ‘homepage’ Procc. TT kali ini tamat pada jam 12.00 malam.

Di antara kehadiran pada malam tersebut : wira_maroon5, prong75, tmmc69, tamar_cola, B.o.B, naresh & 1 ahli baru, adik azmi MBG, joey + co-pilot & Procc Jr. & 3 ahli baru, syuk, cik isa, zainudin, shamsa & janggut (veteran Procc Melaka), enal & 3 ahli baru. Terima kasih & syabas diucapkan  kepada Procc Jebat – Melaka!!

Wira_maroon5 – 444
Procc Jebat – Melaka

Last Updated ( Saturday, 14 August 2010 23:41 )  

Polls

Adakah Anda Berminat Untuk Membeli Proton EMAS?