Kemaman,15 Februari 2009 - Nasi Kukus Ayam Rempah cukup terkenal dikalangan masyarakat tempatan dari sebuah daerah di Terengganu yang bersempadan dengan Pahang iaitu bandar Kemaman.Keenakan rempah ratus yang sebati diperap bersama ayam yang digoreng ditambah pula dengan haruman dari beras terpilih yang dikukus meningkatkan selera sesiapa yang memandangnya.
Buat julung kalinya,tarikh ini dipilih untuk mencoret satu sejarah pertemuan diantara ahli-ahli antara negeri Pahang dan Terengganu.Konvoi gabungan kedua-dua negeri ini bermula dari tapak Autoshow menuju ke Jalan Feri Lama dimana terletaknya gerai juadah Nasi Kukus Ayam Rempah.Deretan kenderaan pelbagai jenis dari Procc Motorsport ini menggamatkan suasana bandar Kemaman.Alhamdulillah,konvoi selamat sampai ke destinasi dimana sesi pengambaran diadakan.
Tahniah diucapkan buat semua rakan-rakan dari Terengganu dan Pahang yang terlibat dalam aktiviti ini.Pelbagai kenangan manis terukir di sanubari setiap peserta.Senda,tawa dan gurau mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli.Moga Procc Terengganu akan terus berkembang dan dikenali ramai seperti Procc Pahang.Moga berjumpa lagi di aktiviti bersama akan datang




ProCC Malaysia 

