UPM, 30 Julai 2006 - ProCC telah dijemput oleh UPM untuk menggadakan demostrasi konvoi kelab kereta di Pesta Expo Tani UPM 2006. Sebanyak hampir 40 buah kereta ahli ProCC mengambil bahagian di pameran tersebut. ProCC telah diiring oleh kereta polis UPM dengan semboyan siren polis masuk ke tapak pameran lebih kurang jam 2.30ptg.
ProCC telah menarik minat pengunjung di Expo tersebut kerana telah mempamerkan berbagai-bagai bentuk kereta ahli ProCC, sama ada yang standard ataupun yang telah diubah suai. Berbagai aktiviti yang disertai oleh ahli ProCC disamping pameran tersebut, antaranya adalah pertandingan tarik tali, pertandingan kereta tercantik, pertandingan kuiz ProCC dan pertandingan bowling padang.
Pesta Expo UPM kali ini bukan sahaja dihadiri oleh ahli ProCC dari HQ sahaja, malah ProCC Melaka dan Negeri Sembilan turut memeriahkan gathering pada kali ini. Semoga ProCC akan terus maju dipersada tanah air kita




ProCC Malaysia 

