THE UNITED OF PROTON CLUB MALAYSIA

  • Create an account
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.
You are here: Home ProCC Act 2002

Konvoi Pembukaan Tahun 2007

E-mail Print PDF

Selangor, 7 Januari 2007 - ProCC telah mengadakan Pesta Kerang Bakar dan Konvoi Pembukaan Tahun Baru 2007. Pesta Kerang Bakar 2007 ini telah diadakan di Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Konvoi kali ini telah disertai oleh 30 buah kereta ahli ProCC. Konvoi bermula dan berkumpul di RnR Nilai tepat jam 8.30 pagi. Kemudian mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk menantikan peserta konvoi. Setelah cukup kesemua ahli ProCC, barulah kami bergerak menuju ke selatan dan keluar di susur keluar Nilai.

Keadaan lalu lintas sepanjang perjalanan hingga ke Bagan Lalang agak lengang dan ianya memudahkan kerja ProCC Marshall Team untuk mengawal pergerakan konvoi. Akhirnya Konvoi ProCC tersebut tiba di Pantai Bagan Lalang kira-kira jam 11.00pagi.

Adalah menjadi tugas Marshall untuk menyusun semua kenderaan ahli ProCC agar kelihatan teratur. Ia bertujuan bagi mengelakan kenderaan ahli tidak berpecah dan dapat dilihat seperti sebuah kelab yang kuat dan disegani.Setelah itu, acara dimulakan dengan pemasangan khemah dan membuat bara untuk membakar kerang dan BBQ.

Sementara menunggu kerang bakar masak, ahli-ahli ProCC yang hadir turut dimeriahkan lagi dengan berbagai acara sukaneka. Ahli ProCC dibahagikan kepada 4 kumpulan. kemudian mereka diminta menamakan kumpulan mereka dan mencipta logo kumpulan masing-masing.Setelah itu acara sukaneka dijalankan. Dengan adanya acara sebegini, ianya dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama ahli.
 
Setelah penat bersukan, tibalah masanya untuk ahli ProCC bersama-sama menjamu selera. Disamping kerang yang telah dibakar, ahli juga telah membawa makanan untuk dikongsi bersama (potluck). Sambil menjamu selera, acara diselitkan dengan sessi suai kenal. Ianya bertujuan untuk mengenali sesama ahli dengan lebih dekat lagi.

Setelah selesai bersantap, ahli beramai-ramai membersihkan tapak khemah. Kemudian beramai-ramai berkumpul untuk sessi fotografi sebagai kenangan Konvoi Pembukaan Tahun 2007. Setelah selesai bergambar, kami menghidupkan kereta, berbaris, dan berkonvoi untuk pulang ke ibu kota. Majlis tamat kira-kira jam 3.00ptg.

Semoga aktiviti sihat sebegini dapat diadakan lagi bagi mengisi masa yang terluang dan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli.

Majulah sukan permotoran untuk negara!

Last Updated ( Sunday, 15 August 2010 00:39 )  

Polls

Adakah Anda Berminat Untuk Membeli Proton EMAS?