THE UNITED OF PROTON CLUB MALAYSIA

  • Create an account
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.
You are here: Home ProCC Act 2002

Lawatan ProCC Ke Kilang Captor

E-mail Print PDF

Gombak, 21 Julai 2007 - ProCC HQ telah menganjurkan aktiviti lawatan ke kilang Captor yang bertempat di kawasan perindustrian Batu Caves. Aktiviti yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan ahli-ProCC berkaitan dengan fungsi Captor di dalam memberi pelindungan tambahan kepada kenderaan peribadi masing-masing.

Seramai lebih 40 orang ahli ProCC telah menyertai aktiviti ini. Mereka mula berkumpul seawal jam 12 tengahari di area parking pasaraya Giant, Batu Caves sebelum berkonvoi bersama-sama ke kilang Captor tersebut sambil diiringi oleh team Marhall ProCC yang bertindak mengawal lalu lintas agar perjalanan konvoi ini lancar. Kedatangan ahli ProCC bersama Presiden, En Hifni Ghazali telah disambut mesra oleh kakitangan Captor yang setia menanti kami di pintu masuk kilang tersebut. Selepas sesi pendaftaran, semua ahli ProCC dijemput untuk menikmati hidangan tengahari yang ditaja khas oleh pihak Captor. Menu nasi beriyani yang dihidangkan betul-betul membuka selera ahli ProCC yang hadir di samping layanan mesra oleh pihak Captor.

Acara pada petang itu dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pn. Azlina bt Mohamed Najib, Ketua Pemasaran Netstar Company iaitu syarikat yang mengendalikan Captor ini. Beliau mengalu-alukan kedatangan semua ahli ProCC ke kilang Captor dan berharap hubungan baik dan kerjasama antara ProCC dan Captor ini dapat dipereratkan dari masa ke semasa melalui aktiviti sebegini. Seterusnya majlis menjemput Presiden ProCC, En Hifni b Ghazali untuk memberi ucapan sepatah 2 kata di dalam majlis tersebut. En. Hifni juga telah menyerahkan sepasang kemeja rasmi ProCC sebagai tanda penghargaan kepada CEO Captor iaitu En. Tan kerana sudi menjemput ahli ProCC hadir ke kilang tersebut.

Majlis diteruskan dengan penayangan video pendek berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Captor agar dapat memberi kefahaman yang mendalam tentang bagaimana Captor ini bertindak sekiranya sesuatu kenderaan itu dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selepas itu, montaj ProCC pula menyusul untuk ditayangkan kepada hadirin yang hadir. Suasana gamat semula apabila sesi QnA bermula di mana ahli-ahli ProCC mengambil kesempatan ini untuk mengusulkan sebarang persoalan berkaitan Captor kepada barisan teknikal dan pegawai pemasaran Captor. Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu sesi cabutan bertuah. Sebanyak 5 hadiah menarik telah disediakan untuk dibawa pulang oleh ahli ProCC yang bertuah.

Aktiviti pada petang itu diakhiri dengan sesi fotografi antara ahli ProCC bersama dengan CEO dan kakitangan Captor sebagai kenang-kenangan. Di kesempatan ini, ProCC ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Captor di atas layanan mesra yang diberi sepanjang sesi lawatan ini. Ucapan terima kasih juga diberi ahli-ahli ProCC yang sudi meluangkan masa menyertai aktiviti ini. Semoga ketemu lagi di masa yang akan dating. Sekian. Terima kasih.

Kerana kita ProCC.

Last Updated ( Sunday, 15 August 2010 00:41 )  

Polls

Adakah Anda Berminat Untuk Membeli Proton EMAS?