Cameron Highlands, 31 Januari 2009 - Tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang telah menjadi lokasi bagi ProCC Motorsport untuk dijelajahi pada tahun ini. Setelah berbincang dengan wakil ProCC di Cameron iaitu aku_iwan, maka tarikh 31hb dan 1hb Februari telah dipilih bagi merealisasikan aktiviti ini. Program ini dirancang 2 hari 1 malam.
Hari pertama (31.01.09) - Konvoi dari ProCC HQ, Melaka dan Negeri Sembilan telah berkumpul di Hentian Rawang pada 31hb Januari 2009 (Sabtu) pada pukul 8.30 pagi. Sebanyak 10 buah kereta dari Hq, Melaka dan Negeri Sembilan telah mengikuti konvoi ini. Konvoi kemudian berhenti di Tol Tapah dan berkumpul dengan ahli ProCC Perak. Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk memilih laluan Tapah untuk ke lokasi seterusnya iaitu Tanah Rata. Kemudian kami berkumpul dan bergabung dengan ahli ProCC Cameron yang diketuai oleh aku_iwan. Tepat jam 1.30 tengahari, kami telah dibawa menjamu selera di Gerai Makan Orkid di Tanah Rata. Sedang enak menikmati hidangan, hujan lebat turun dengan lebat. Ini sedikit sebanyak memcacatkan program kami.
Selepas selesai menikmati hidangan tengahari, kami menuju ke lokasi seterusnya iaitu Apartment Desa Anthrium. Terima kasih kepada aku_iwan kerana menyediakan tempat tinggal bagi kami dengan kadar bayaran yang amat berpatutan dan juga selesa. Walaupun hujan turun hingga ke malam, ia tidak melemahkan semangat setiap ahli untuk menjelajah kawasan Cameron ini. Lokasi pertama jelajah Cameron ini ialah lawatan ke Cactus Valley di Brinchang. Disini pelbagai jenis produk yang dihasilkan dari buah strawberi dijual. Disini lah ahli ProCC diuji kecekapan pemanduan mereka kerana laluan berbukit tinggi disamping jalan yang basah kerana hujan.
Pada waktu malam pula, kami telah dibawa untuk menikmati hidangan steamboat di Tanah Rata. Disini kejutan telah berlaku dimana semua ahli ProCC bersama-sama meraikan hari lahir suami nite_rose dan isteri rizalman yang berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 31hb Januari. Setelah selesai menikmati hidangan steamboat dan kek, kami pulang ke apartment semula.
Hari kedua (01.02.09) – Tepat jam 9.30 pagi, semua peserta konvoi telah dibawa sarapan di Gerai Zainab Sam, Tanah Rata. Menu utama disini adalah roti canai dan sememangnya ia melazatkan. (Maklumlah, cuaca sejuk.. Perut cepat lapar). Lokasi persinggahan seterusnya adalah di Pusat Penyelidikan Mardi. Pelbagai jenis buahan, sayuran dan bunga dijual disini. Seterusnya kami bergerak ke KHM Strawberry. Disini pelbagai produk strawberi dijual dengan harga yang murah.
Setelah selesai berjalan, kami pulang semula ke apartment untuk mengemaskan barang pulang. Setelah selesai mengemas, kami telah dibawa menikmati hidangan tengahari di Medan Selera Brinchang. Setelah berbincang, kami memilih jalan Simpang Pulai untuk turun dari Cameron. Sebelum pulang, kami sempat singgah di Kea Farm dan Ladang Teh Boh SG Palas. Ia merupakan lading yang terbesar di Cameron Highlands ini. Disini juga merupakan lokasi terakhir Jelajah Cameron ini dan kami sempat bergambar dan bersalaman dengan semua ahli Cameron Highlands.
Akhir kata, kami merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli ProCC Cameron terutamanya aku_iwan kerana sudi menyediakan tempat tinggal, menjadi pemandung pelancong dan juga melayani setiap kerenah kami semua. Insyallah, umur panjang kita pasti berjumpa lagi.




ProCC Act 2002

