PROTON CLUB MALAYSIA

CLUB'S ADVISOR


The Official
Authorized Club

You are here: Home

Pandu Uji Proton Inspira Oleh Wakil Kelab Sangat Berkesan

E-mail Print PDF


1 November 2010 – Shah Alam, seramai 9 Orang wakil dari Proton Club Malaysia serta wakil-wakil dari semua kelab dibawah naungan Proton telahpun diberi peluang untuk pandu uji Proton Inspira di Track Pandu Uji Proton Shah Alam. Pada awal pagi lagi jam 8.00pagi wakil dari ProCC berkumpul bersarap dan berbual dengan rakan sejawatan dari kelab-kelab lain seperti Prosboc, GTi Club, V-Sixers, WPC, G2C, Savoc, Neo Club, Exora Club, Juara Club, dan The Persona Club.

Kemudian wakil-wakil kelab dibawa dengan menaiki bas ke track pandu uji Proton, setelah itu  sedikit taklimat diberikan mengenai pemanduan di track dan juga segala yang berkaitan dengan Proton Inspira. Setelah itu peserta diberi secara berkumpulan untuk naik kedalam 7 buah kereta Proton Inspira dengan berbeza jenis transmisi. Kemudian setiap peserta diberi peluang untuk memandu pusing track dan memandu secara autokanna di track pandu uji suspension.

Apa yang dapat dilihat semua peserta dari semua kelab sangat berpuas hati dengan pandu uji Proton Inspira ini. Bukan sahaja kelajuan yang tidak terasa, malah tahap handling kereta yang sangat selesa dan penuh dengan ciri-ciri keselamatan. kereta tidak terasa membuang bila melakukan aksi-aksi bahaya.

Peserta dimaklumkan suspension Proton Inspira adalah dibina/ develop oleh Proton sendiri dimana pihak Mitsubishi telah memberi kebenaran. Peserta juga dinasihatkan untuk pandu uji Mitsubishi Lancer selepas ini untuk merasakan kelainannya. Setelah penat pandu uji Proton Inspira, waki-wakil kelab berpeluang untuk menyaksikan persembahan slide show berkenaan Proton Inspira dan penerangan oleh Ketua Bahagian Kumpulan Korporat Proton.

Sememangnya setelah selesai penerangan tersebut, barulah semua peserta faham mengapa Proton mengambil Mitsubishi Lancer sebagai Proton Inspira. Kemudian, banyak persoalan juga dari semua peserta dari semua kelab telah terjawab.
Proton membuat kajian yang mana Model Lancer adalah model yang popular dan terkenal dengan rekabentuk serta kebolehan kenderaan tersebut. Ianye berada dalam kelas antara atas dari Waja dan bawah dari Perdana.

Perbezaan yang ketara diantara kedua-dua model adalah Mitsubishi Lancer yang berada di Malaysia adalah Low Spec dan Proton Inspira adalah European Spec. Suspension handling juga telah proton modified mengikut Kajian yang dijalankan oleh Technology Lotus Handling and ride yang mana proton inspira ini berkemampuan untuk memberikan keselesaan semasa pemanduan tak kira apa jua rintangan jalan. Handling serta kemampuan Brek mengejut juga telah Proton modified untuk keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia. Spesifikasi untuk Proton inspira ini adalah mengikut Piawaian Europe dan semua aspek keselamatan dan ciri-ciri tambahan juga telah proton masukkan untuk pembeli Proton inspira ini. Memang rupa bentuk tidak banyak berubah kerana pihak Mitsubishi tidak membenarkan Proton untuk mengubahsuai kecuali Bumper depan dan belakang. yang lain mengikut spec Lancer.

Keistimewaan Proton Inspira adalah dari segi harga yang murah berbanding Mitsubishi lancer , Spesifikasi yang  tinggi (Europe Spec), handling and ride yang sempurna serta tawaran perkhidmatan selepas jualan yang menarik.

Sila lihat apa kata peserta pandu uji diruangan forum kami: http://www.protonclub.com/portal/index.php?option=com_kunena&Itemid=54&func=view&catid=7&id=14319

IMG_0117IMG_0115IMG_0022IMG_0016
Last Updated ( Wednesday, 31 October 2012 13:27 )  

Latest ProCC News

Sunday Drive ProCC Melaka To MUAR
21/11/2012 | mohdhuzaimi
article thumbnail

Pada 18/11/2012, satu event SUNDAY DRIVE telah diadakan. Kali ini desitnasi Sunday Drive adalah Bandar MUAR. Lokasi berkumpul adalah di RnR Paya Rum [ ... ]


Jom Daki Gunung Datuk 2012
21/10/2012 | mohdhuzaimi
article thumbnail

Pada 21 Oktober  2012 yang lepas, ProCC Melaka telah melakukan aktiviti luar iaitu Jom Daki Gunung Datuk. Pendakian buat pertama kali ini disertai  [ ... ]


Friendly Futsal ProCC Melaka 2012
06/10/2012 | mohdhuzaimi
article thumbnail



Satu Perlawanan Persahabatan Futsal besama Neo Crews Melaka telah diadakan pada 6 Oktober 2012   Album


Majlis Berbuka Puasa ProCC Melaka 2012
04/08/2012 | mohdhuzaimi
article thumbnail

Pada 4 Ogos 2012, Satu majlis berbuka puasa procc negeri Melaka telah diadakan. Lebih kurang 25 orang ahli bersama pasangan dan anak-anak telah bers [ ... ]


Jom Paintball ProCC Melaka 2012
07/07/2012 | mohdhuzaimi
article thumbnail

Pada 8 Julai 2012, Event Painball telah diadakan di Flash Point Bukit Katil Melaka. Seramai 8 Orang telah menyertati aktiviti kali ini yang dibahagi [ ... ]


Other Articles

Latest Ads

Cenderamata P
$ 50.00
Wed, 22 Jan 2014

PLEASE LIKE