ProCC Motorsport Negeri Johor Sertai Karnival Pemadam Unggul Rakyat Sihat
Written by Jeroll
Saturday, 02 January 2010 00:00
Dataran Penggaram Batu Pahat , Johor – 2 Januari 2010 – Karnival Autoshow anjuran PEMADAM Daerah Batu Pahat telah berlangsung dengan jayanya di sekitar Dataran Penggaram , Batu Pahat , Johor . Pihak penganjur telah menjemput ProCC Motorsport Negeri Johor untuk sama-sama menyertai konvoy berkereta yang telah diiringi oleh pasukan Kontinjen Polis Trafik . Konvoy berkereta ini melibatkan beberapa kelab berkereta yang terdiri daripada Pantera , Nakajima , SIC dan ProCC . Perjalanan konvoy bergerak dengan lancar diiringi Pasukan Polis Trafik dari checkpoint Ayer Hitam sehingga ke Dataran Penggaram , Batu Pahat.
ProCC Motorsport Negeri Johor Sertai Karnival Autoshow Himpunan Belia Parlimen Sembrong Di Dataran T6 , Kluang , Johor
Written by Jeroll
Sunday, 08 November 2009 00:00
Kluang , Johor - 8 November 2009 – Karnival Autoshow Anjuran Belia Parlimen Sembrong memang sinonim dalam dunia permotoran di sekitar negeri Johor kerana ia acapkali dilangsungkan pada setiap tahun . Pada kali ini , ia dianjurkan sempena Karnival Desa Gempak Astro yang berlangsung selama dua hari . Karnival Autoshow kali ini menghimpunkan peserta-peserta dari negeri Johor dan negeri-negeri sekitarnya dan telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Hishammuddin .
Pasir Gudang, 2 Oktober 2006 - perhimpunan kelab-kelab kereta negeri Johor berlangsung dengan jayanya dan telah menghimpunkan sebanyak 20 buah kelab kereta. Gerakan Belia 4B dan pihak Litar Pasir Gudang mengambil inisiatif untuk menghimpunkan hampir keseluruhan kelab kereta yang menaung di bawah negeri Johor.
Sambutan amat menggalakan dan berjaya mengumpul lebih dari 350 buah kereta dari pelbagai kelab termasuk ProCC dengan kehadiran lebih 5000 pengunjung. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara lumba motorsikal dan kereta serta pamiran kereta-kereta yang telah dihiasi dengan pelbagai rupa dan bentuk serta pelbagai acara-acara yang menarik.
1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum.