PROTON CLUB MALAYSIA

You are here: Home Forum
Welcome, Guest
Username Password: Remember me
Ruangan segala yang berkaitan tentang pengumuman penting dari pihak pengurusan ProCC, AJK ProCC dan Moderator
  • Page:
  • 1

TOPIC: Memohon Sumbangan/ Penajaan Bagi AD2011

Memohon Sumbangan/ Penajaan Bagi AD2011 06 Oct 2011 12:15 #64397

  • mohd hifni
  • ( Admin )
  • OFFLINE
  • Presiden
  • Posts: 792
  • Karma: 24
Assalammualaikum Salam 1Malaysia 1ProCC,

Dengan segala hormatnya, berhubung perkara yang di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, Kelab Proton Malaysia (Proton Club Malaysia) (ProCC) akan mengadakan Malam Gala Anugerah Emas ProCC 2011 pada 29 Oktober 2011 semperna ulang tahun kelab ini yang ke-9 tahun. Majlis ini merupakan acara yang terbesar buat ProCC dan merupakan acara tahunan kelab yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli kelab.

Acara: Malam Gala Anugerah Emas ProCC 2011
Tarikh: 29 Oktober 2011
Masa: 8.00malam – 11.30malam
Tempat: Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Pakaian: Tradisional
Media Terlibat: Wartawan dari majalah-majalah kereta

3. Untuk makluman juga, seramai 200 orang peserta dan perwakilan dari seluruh Malaysia akan berhimpun untuk memeriahkan majlis ini. Majlis anugerah ini adalah sangat penting kerana terdapat anugerah-anugerah yang akan disampaikan kepada ahli-ahli yang telah menaikkan nama kelab ini sepanjang tahun 2011. Sehubungan dengan itu, pihak Proton Club Malaysia dengan rasa rendah diri, memohon sumbangan/ penajaan dalam bentuk Wang Tunai, atau barangan lain yang di fikirkan sesuai untuk majlis ini. Jika pihak tuan ingin menyumbang berbentuk wang tunai adalah sangat di hargai. (Sila rujuk lampiran yang disediakan)

4. Semoga pemohonan ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak tuan/puan. Di atas perhatian dan kelulusan yang di berikan terlebih dahulu kami di Proton Club Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali
Presiden Proton Club Malaysia
No. Pen. Kelab: 2052-10-SEL

Surat sokongan:
www.protonclub.com/kertas-kerja-AD2011.pdf
www.protonclub.com/surat-mohon-tajaan-AD2011.doc

Mohon kerja sama dari MT, AJK dan ahli untuk bergabung tenaga mendapatkan seberapa banyak tajaan bagi memeriahkan lagi majlis ini dengan berbagai hadiah lumayan untuk ahli dan lucky draw yang menarik. sama-samalah kita usahakan.
Last Edit: 06 Oct 2011 12:16 by mohd hifni.

Re: Memohon Sumbangan/ Penajaan Bagi AD2011 06 Oct 2011 15:27 #64417

  • Rizalman
  • ( User )
  • OFFLINE
  • Pengurus ProCC Autoshow & Motorsport Team
  • Posts: 1165
  • Karma: 14
salam bos..
Nak taya kalau sumbangan dari pihak induvidu (nama tidak mahu di kenali) macm mana ye..

Re: Memohon Sumbangan/ Penajaan Bagi AD2011 06 Oct 2011 15:31 #64418

  • mohd hifni
  • ( Admin )
  • OFFLINE
  • Presiden
  • Posts: 792
  • Karma: 24
just tulis aja sumbangan dari Abdullah/hamba Allah.
The following user(s) said Thank You: Rizalman

Re: Memohon Sumbangan/ Penajaan Bagi AD2011 11 Oct 2011 08:05 #64701

  • mohd hifni
  • ( Admin )
  • OFFLINE
  • Presiden
  • Posts: 792
  • Karma: 24
Kita ada masukkan package-package tajaan wang tunai didalam lampiran surat memohon tajaan, paling rendah adalah bernilai RM600.

Tawaran kepada ahli ProCC yang boleh mendapatkan tajaan wang tunai bernilai RM600. anda akan diberi tempat di AD2011 secara percuma.

Jika ahli mendapatkan tajaan bernilai RM1500, 2 tempat duduk percuma akan diberikan kepada anda.

Jka ahli mendapatkan tajaan bernilai RM5000, 2 tempat duduk dan 1 penginapan percuma untuk anda.


anda bermaksud ahli yang dapatkan tajaan ler..

tq

Re: Memohon Sumbangan/ Penajaan Bagi AD2011 18 Oct 2011 08:43 #65342

  • mohd hifni
  • ( Admin )
  • OFFLINE
  • Presiden
  • Posts: 792
  • Karma: 24
Saya telah berjaya mendapatkan 1 Tajaan bernilai RM2000 dan Cap untuk 200 unit.

sekian info, terima kasih.
The following user(s) said Thank You: aties

Re: Memohon Sumbangan/ Penajaan Bagi AD2011 18 Oct 2011 12:27 #65411

  • archmaster86
  • ( User )
  • OFFLINE
  • Pen. Ketua ProCC Negeri Sembilan
  • Posts: 519
  • Karma: 0
As Salam sume...

Pasal Tajaan dan sumbangan ni, xperlu laa nk diwar2kn mengenai jumlah tajaan yg telah kite dpt...
seumpama nti kite wt aktiviti, hnye mengharapkan smbgn dr luar shaja,pastu wang itu akan dibazirkn sebegitu sahaja...
bg saya laa, wang smbgn ni perlu utk mengurangkn beban ahli2 yg dtg ke aktiviti...
klu sekadar membeli brgan, menambah hal2 seperti konsert, live band, agak xmenarik..

kire nye wang smbgn itu bole laa membantu perbelanjaan rakan2 yg dalam kesusahan aka menderma,
samada yg hadir atau tidak ke aktiviti yg dianjurkn...
contoh nye seperti byrn tol, byrn myk, tiket bas dan lain2 yg berkenaan...
br ahli terasa akan keseronokan menghadiri aktiviti2 yg dianjurkan...

bkn ape,kemudian kali nya,jikalau ditanya kemana wang subangan ini dibelanjakan, akan berlaku kesulitan...
dr segi cmtu,br rakan2 sume hepi, dan dpt merasa sama rata akan wang sumbangan tersebut...

sekian dari saya.
The following user(s) said Thank You: Jerold, As_ZoL, Seli

Re: Memohon Sumbangan/ Penajaan Bagi AD2011 18 Oct 2011 13:19 #65425

  • mohd hifni
  • ( Admin )
  • OFFLINE
  • Presiden
  • Posts: 792
  • Karma: 24
salam archmaster,

saya boleh terima pandangan awak. tapi kalau awak dapatkan sumbangan untuk event ini. subangan pun tak seberapa yang baru kita dapat ni. kalau dapat 10 company sumbang 2000 setiap company, bolehlah beri kepada ahli. tapi setakat 2k.

kita bayar piala aja dah habis RM8++.
belum termasuk cabutan bertuah.
kemudian lain-lain. baik awak lihat dengan teliti kos yang kita hadapi didalam kertas kerja yang kita lampirkan.
sebab VIP dari pihak penaja pun kita akan bayar table guna duit ini.
kemudian lucky draw, backdrop, banner, sijil dll. semua pun untuk ahli kan??

let saya dapat hanya RM2k, ahli yang datang 100orang, tak kan nak bagi setiap ahli RM20seorang. lepas tu benda lain-lain perbelanjaan? nak korek tang mana?

saya paparkan disini just inform kepada semua tujuannya untuk menarik lagi ramai lagi ahli ke AD2011. saya tak inform pun nama siapa yang taja. Tujuan lain, saya nak semua ahli tahu dan saya tak suka sembunyi. kalau ada duit lebih dalam acara ini, kita akan masukkan dalam tabung ProCC dan next event kita boleh guna untuk ahli juga.

jadi apa yang saya paparkan nak bagi semangat juga kepada AJK untuk kerja keras untuk dapatkan tajaan. saya baru dapat 1. dan saya harap Encik naim juga boleh dapatkan 1.

salam

p/s: lampiran kertas kerja ada disertakan perbelanjaan yang dihadapi
www.protonclub.com/kertas-kerja-AD2011.pdf
Last Edit: 18 Oct 2011 13:29 by mohd hifni.
The following user(s) said Thank You: Seli

Re: Memohon Sumbangan/ Penajaan Bagi AD2011 18 Oct 2011 14:08 #65441

  • archmaster86
  • ( User )
  • OFFLINE
  • Pen. Ketua ProCC Negeri Sembilan
  • Posts: 519
  • Karma: 0
hahaha..sy da usaha..nk wt cmne..xde rezeki lg...

bkn sy suruh bg kt semua ahli...membantu mane2 rakan yg tdk berkemampuan...

xsemestinye semua nk kn smbgn tuh..mgkn ade rakan yg mempunyai sebab2 mslh kewangan...

xde mslh klu kite membantu kn?

yg penting,ikhlas...yg ssh,dibantu...yg sng,membantu...
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.32 seconds