PROTON CLUB MALAYSIA

You are here: Home Forum
Welcome, Guest
Username Password: Remember me

TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA
(1 viewing) (1) Guest
  • Page:
  • 1

TOPIC: TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA

TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA 22 Sep 2010 17:25 #8499

  • lan_WLB
  • ( User )
  • OFFLINE
  • Ahli Rasmi ProCC
  • Posts: 311
  • Karma: 5
TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA

1. bagu tujuan pemasangan disk belakang wira,
2. Buka drum sehinggan tapak drum ditanggalkan sepenuhnua.

3. saya menggunakan bearing asal kerana masih dakam keadaan baik. Sekiranya ingin menanggalkan bearing tayar gunakan soket 32. sekiranaya berlaku kerosakkan bearing boleh digerakkan semasa hendak membuka. Semasa memandu anda akan terasa bunyi berdegung yang kuat. Untuk mengenal pasti kerosakkan bearing cuba pandu kereta dalam jalan yang lurus. Pakai tali pinggang, tarik sehingga tali pinggang seakan melekat,  lekapkan tali pingang ke telinga. Anda dapat mendengar bunyi bearing tersebung berdegung dengan jelas. Maka sahlah  bearing kereta anda perlu ditukar sebelum pecah di tengah jalan.
4. Mulakan dengan memasang tapak disk setelah selesai pasang disk, disk ini tidak mempunyai sebarang skru.tp tak perlu bimbang kerana ia akan ketat setelah anda memasang tayar nanti.
5. bagi tujuan pamasangan kabel, masukkak dari bawah dahulu ini kerana terdapat banyak klip sekiranya anda mamasukkan dari atas ia akan menyukarkan anda. Terdapat 3 skru 10 di bawah  badan kereta anda pastikan ia dipasang dengan betul. Sambungan antara kabel dekat brake tangan memang senget anda tidak perlu bimbang kerana ia normal.
6. masukkan klip untuk mengetatkan  kabel brake tersebut.
7. pasang spring brake tangan lihat gambar.
8. untuk menukar brake pad sahaja buka skru 12 pada bahagian bawah(lihat gambar)
9. Bagi memudahkan kerja tanggalkan klip hand brake
10. buka spring yang menarik hand brake
11. lepaskan brake tangan,buka klip antara tapak disk  dengan menarik kabel ke hadapan.
12. Angkat pemegang brake pad seperti dalam gambar dan brake pad boleh ditanggalkan
13. Bagi tujuan tujuan pemasangan brake pad baru pusingkan piston brake  mengikut arah jam. Anda dapat melihat piston akan bergerak ke dalam.  Ini terjadi kerana terdapat satu pemegang yang menolak piston semasa anda menarik hand brake.
14. setelah piston rapat masukkan brake pad baru.pastikan klip besi yang nipis berada di sebelah luar.terdapat perbezaan antara brake pad luar dan dalam.untuk sebelah dalam pastikan terdapat satu  titik besi yang timbul.pastikan titik ini  masuk ke dalam lurah  piston.sekiranya titik besi ini salah brake anda  tidak akan mencengkan pada keseluruhan disk brake.

15. pasang semula skru 12 dan spring kabel brake tangan.
16. melaras cengkaman brake tangan, anda perlu melaras pada bahagian dalam buka skru 10 sehingga tinggal sedikit sahaja. Lepaskan brake tangan tersebut  pandu kereta anda sambul menekan-nekan brake. Setelah itu kunci semula skru 10 tadi. Untuk keputusan yg baik pastikan brake  tangan berbunyi 3 kali sahaja.
17. selesai. Selamat mencuba. Kalau ada tambahan yg lain marilah bersa-sama kita kongsi.

Re: TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA 03 Dec 2010 22:59 #17571

  • ENKEI
  • ( User )
  • OFFLINE
  • -Tetamu-
  • Posts: 24
  • Karma: 0
ader satu soalan...kalo dah siap pasang,dah edjust padbrake semua tapi handbrake masih x berapa makan kenapa yer....?siap alas nut kat skru adjust pd hanbrake handel tu pun sama....mula2 ok...lama2 wat hal balik....sampai melorot masuk semak haritu keta den....nasib x der hal.

Re: TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA 30 Dec 2010 06:53 #19569

  • lan_WLB
  • ( User )
  • OFFLINE
  • Ahli Rasmi ProCC
  • Posts: 311
  • Karma: 5
ENKEI wrote:
ader satu soalan...kalo dah siap pasang,dah edjust padbrake semua tapi handbrake masih x berapa makan kenapa yer....?siap alas nut kat skru adjust pd hanbrake handel tu pun sama....mula2 ok...lama2 wat hal balik....sampai melorot masuk semak haritu keta den....nasib x der hal.


ada 2,3 benda kena periksa,
pastikan pin dekat rotor betul2 masuk
tinggi terbaik h/brake ialah 3 kali bunyi masa angkat h/brake
pastikan masa tekan brake padel tak terlalu tinggi

Re: TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA 30 Dec 2010 09:35 #19573

  • FISAL
  • ( User )
  • OFFLINE
  • Ahli Rasmi ProCC
  • Posts: 174
  • Karma: 1
lan..nk tnye nie..npe brek ak kdang2 mlekat..brat ble nk drive..bg cment ckt...

Re: TEKNIK MEMASANG DISK\BRAKE PAD BELAKANG WIRA 30 Dec 2010 16:57 #19582

  • lan_WLB
  • ( User )
  • OFFLINE
  • Ahli Rasmi ProCC
  • Posts: 311
  • Karma: 5
fitri87 wrote:
lan..nk tnye nie..npe brek ak kdang2 mlekat..brat ble nk drive..bg cment ckt...


biasa la tu,
kalau disk tinggal lama mmg melekat sikt
tp kalau tiap2 hr melekat kena p servis la cepat2
nnt jem plak
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.42 seconds