|
Membaiki lampu |
|
|
|
1. Kerosakan pada lampu brek kenderaan anda boleh berpunca daripada mentol yang terbakar, lampu tidak dipasang dengan baik, suis lampu brek tidak berfungsi atau fius putus. |
|
Read more...
|
|
|
Pemeriksaan Tayar |
|
|
|
Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perempuan saya terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam untuk kereta PLUS sampai dan tolong. |
|
|
Hidupkan Enjin |
|
|
Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. |
|
Read more...
|
|
|
Lampu Brek |
|
|
|
Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. |
|
Read more...
|
|
|
Pam Minyak |
|
|
Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai (rujuk kepada tip saya mengenai tayar). |
|
|
Tukar Minyak Enjin |
|
|
Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak Enjin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak Enjin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak Enjin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak Enjin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak Enjin. |
|
|
Vacum Kereta |
|
|
setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergilah vacum kereta kita, terutama kusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen). |
|
|
Tips mengenai aircon |
|
|
|
Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi. |
|
Read more...
|
|
|
Sistem Asas Brek |
|
|
Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya. Nasihat saya kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. |
|
Read more...
|
|
|
Sistem Brek |
|
|
|
1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM. |
|
Read more...
|
|
|
Penjagaan Gearbox |
|
|
|
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. |
|
Read more...
|
|
|
Penjagaan Radiator |
|
|
|
Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagen. Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air adalah seperti berikut : |
|
Read more...
|
|
|
Penyelenggaraan Radiator |
|
|
Setiap 3 bulan 1. buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator. |
|
Read more...
|
|
|
Banjir |
|
|
|
Saya ada beberapa tip untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir (Semua yang saya kongsikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai mekanik dan pengalamna kawan-kawan say yang diberitahu kepada saya) |
|
Read more...
|
|
|
Pemilihan spare part |
|
|
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.
1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini. |
|
Read more...
|
|
|
Tersalah isi minyak |
|
|
|
Pernah terjadi di depan mata saya seorang amoi mengisi kereta kancilnya dengan minyak diesel. Bila saya ternampak perkara itu, terus saya memberitahu dia. Tanpa menghidupkan kereta, saya menolak keretanya ke tepi dan terus menelefon mekanik. |
|
Read more...
|
|